Sunday, 31 July 2016

Pesanan dan Adab Menziarahi Orang Sakit

Assalamualaikum...
Pagi tadi, semasa berkemas nak ke majlis sambutan raya di taman, bukak radio. Tajuk yang dibincang amat menarik, iaitu tentang menziarahi orang sakit oleh Dr. Hj. Mohd Fadzillah Kamsah. Antara yang sempat didengar ialah, elakkan atau jauhi berprasangka buruk kerana jika kita selalu berprasangka buruk, hati menjadi hitam. bila hati jadi hitam, kita akan mudah jatuh sakit

Lepas tu, kata beliau lagi, orang sakit tu tandanya Allah sayang, Bila Allah sayang kita, kita akan diuji. Bila kita sakit, kita redha dengan qada dan qadar. Itu menjadikan kita lebih beriman.


Adab Ziarah:
Antara adab-adab menziarahi pesakit ialah;
a- Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah saw.
b- Memberi nasihat agar bersabar dan tabah menghadapi ujian.
c- Bertanyakan tentang ibadatnya; solat dan lain-lain, sekiranya dia tidak mampu ajarlah mereka atau bertanyakan kepada orang yang pandai.
d- Menyampaikan ucapan yang baik agar dapat menghiburkan hati pesakit dan menguatkan jiwanya.
e- Pendek dan jarakkan waktu ziarah, jangan terlalu lama dan kerap menziarahinya. (kecuali pesakit itu mengkehendaki sebaliknya).
f- Mendoakan pesakit agar lekas sembuh.
Hendaklah kita mendoakan dengan doa yang diajar oleh Rasulullah saw agar dia cepat sembuh dan bersabar dalam menghadapi kesakitan

No comments:

Post a Comment