Sunday, 31 July 2016

Kegunaan Limau Purut

Limau purut..walaupun rupanya menggerutu namun banyak khasiatnya, bukan setakat buah saja tapi daunnya pun ada gunanya. 2,3 malam yang lepas, ada berborak dengan seorang askar pencen. dia ada menceritakan tentang penggunaan belerang apabila pergi camping. dia cakap, belereng tak efektif sebab baunya tak tahan lama. askar masuk hutan tak guna belerang. mereka guna buah limau purut. caranya kupas kulit buah limau purut, cebisan kulit tu letak di sekeliling khemah atau rumah. buah yag dikupas, belah 4 letak di kawasan rumah juga. cara tu katanya lebih baik berbanding menggunakan belerang. 

Faedah atau kelebihan limau purut yang lain ialah:

1. Limau purut juga digunakan sebagai pembersih dan dalam penyediaan perubatan herba dan tradisional.
2. Dalam perubatan tradisional, air buah limau purut dipercayai mampu digunakan dalam jampi untuk mengalih semangat jahat dan menyegarkan mental individu.
3. Daun dan buah limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.
4. Ekstrak daun limau purut mempunyai sifat anti-pertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.
5. Daun limau purut dikatakan boleh digosok pada gusi dan gigi untuk tujuan menyihatkan gigi.
6. Minyak yang diekstrak daripada daun limau purut pula dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya, digunakan dalam produk-produk mandian seperti sabun dan syampu.
7. Minyaknya juga merupakan pencuci rambut dan kulit kepala.
8. Air buah limau purut dikatakan boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian.
9. Ada yang menggunakannya sebagai peluntur semula jadi untuk membuang kesan kotor yang sukar dicuci.
10. Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa awet muda. Tambahkan beberapa titis minyak atau hancurkan beberapa helai daunnya dalam air mandian anda.
11. Digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi wap. Dikatakan fikiran negatif akan hilang sekali gus memberi minda dan tubuh fikiran positif.
12. Minyaknya juga dikatakan digunakan sebagai tonik untuk membantu masalah pencernaan dan membersihkan darah.
13. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
14. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
15. Daun limau purut juga mampu merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

No comments:

Post a Comment