Sunday, 19 February 2017

Bahaya Youtube

Assalamualaikum....

YouTube ialah laman perkongsian video yang popular untuk memuat naik, menonton dan berkongsi petikan video. YouTube kini menjadi satu bentuk media baharu Web2.0 yang popular. Satu artikel terbaru di Wired menyatakan bahawa sebanyak 65,000 video dimuat naik dan 100 juta video ditonton setiap hari di YouTube (Godwin-Jones2007).

Kandungan YouTube boleh merangkumi animasi, rakaman acara awam, rakaman peribadi rakan-rakan – hampir apa sahaja yang ingin disiarkan – kecuali kandungan yang menyalahi undang-undang atau yang menjelikkan dan berbentuk penghinaan. Rakaman video boleh berbentuk informasi, hiburan, pujukan atau peribadi semata-mata. Sebagai satu aplikasi sosial yang semakin dikenali, YouTube membolehkan pengguna menyiarkan dan memberikan tag kepada video, menonton video yang disiarkan oleh orang lain, menyiarkan komen dalam bentuk perbincanganberangkai, mencari kandungan melalui kata kunci atau kategori,  serta membina dan menyertai kumpulan semasa. YouTube boleh dihubungkan dengan aplikasi blog lain, dan ini memberi pengguna satu cara pantas untuk membuat blog mengenai sesuatu video dan menyertakan pautan kepadanya. Pengguna boleh membaca profil individu yang menyiarkan atau memberikan komen kepada sesuatu video, menonton video kegemaran mereka dan menghubungi individu tersebut.

Namun, jika anda perhatikan, kandungan video dalam youtube sekarang tidak terbatas. Saya sendiri pernah mencuba untuk mengkaji apa jenis video yang terdapat dalam youtube. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati kandungan video dalam youtube ada yang boleh diklasifikasikan sebagai cerita blue. Adegan yang saya dapati itu ada dalam movie inggeris, jepun, jerman dan sebagainya. Nampak dengan begitu jelas sekali anu lelaki dan anu perempuan.

Jadi, nasihat saya, pantaulah kegiatan anak apabila mereka melayari Internet, lebih-lebih lagi youtube....


No comments:

Post a Comment